​
PENGURUSAN KELAS
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya sangat penting
selain mengajar dan mendidik para pelajar. Kejayaan seorang guru dalam mengurus bilik darjah dengan
sempurna akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.Pengurusan bermaksud
satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama daripada pelajar untuk mencapai objektif-objektif
pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan juga termasuk dalam proses merancang,mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal dalam sesebuah organisasi.
​
Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berimpak akan membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:
​
-
Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.
-
Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.
-
Mengurangkan masalah disiplin.
-
Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.
-
Murid dapat belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.
-
Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid.
-
Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum.
​
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH GURU.
​
(a) Membuat pemilihan dalam pembentukan sesebuah organisasi bilik darjah berdasarkan
persetujuan semua pelajar di dalam bilik darjah tersebut. Sebagai contoh, ketua kelas,
penolong ketua kelas, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa yang lain.
(b) Meja dan kerusi pelajar mestilah disusun satu per satu di dalam kelas kemudian apabila
tamat sesi pengajaran dan pembelajaran para pelajar hendaklah mengangkat dan
meletakkan kerusi di atas meja.
(c) Jadual waktu kelas dilekatkan pada bahagian hadapan pintu bilik darjah.
(d) Papan kenyataan kelas mestilah mempunyai ruang untuk mempamerkan bahagian umum
di sudut kanan bahagian hadapan kelas.
(e) Membuat satu carta organisasi kelas, jadual bertugas berdasarkan bilangan pelajar di
dalam bilik darjah, pelan kedudukan pelajar, peraturan di dalam bilik darjah, dan senarai
nama pelajar di sudut kiri hadapan bilik darjah.
(f) Borang pengesahan ponteng pelajar (Borang Ketekalan Kehadiran) hendaklah diisi oleh
semua guru mata pelajaran.
(g) Guru kelas hendaklah mengisi borang inventori dan melaporkan sebarang kerosakan di
bilik darjah ke bahagian pentadbiran.
(h) Memastikan para pelajar untuk beratur ketika ke makmal atau bengkel.
(i) Memastikan bilik darjah sentiasa bersih dan kemas sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan.
​
​